MyHotComments.com

Tuesday, December 29, 2009

ADAKAH NAWAITU KITA BENAR KERANA ALLAH??

ayat ni di copy dari sebuah web..
Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran.”  dan seterus nya....
“Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut. “Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain? “Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?” 


p/s: ape yg nk share kt korg...kadang2 kita mmg xsedar ape yg kita lakukan..mungkin kerana ikot kn hati dan nafsu..  namun itu bukan alasan..bukan kah kita manusia yg sepatut nya mengawal hati dan nafsu...??
buka hati yg mengawal kita..!! namun,jgn lah kamu ego untuk akur pada kesilapan kamu.... akur la pada kesilapan...lempar kn ego mu...pohon lah ampun pada pencipta mu segera tika kamu tersedar..sebelum kamu terlambat..sesungguh nya Dia Maha Pengampunan Dan Maha Pengasihani....;))

No comments:

OBSESS WIF MA SELF! ;p

OBSESS WIF MA SELF! ;p

PHOTO.OF.ME

PHOTO.OF.ME
impossible.is.nothing